Featured Items

KRITERIA BUKU SUMBANGAN

PERPUSTAKAAN IMAM AL-SYAFI’I

 

1.   Bahan adalah berbentuk buku, jurnal dan prosiding, laporan tahunan, kamus, atlas, ensiklopedia, akta atau bahan bersesuaian.

2.   Bahan adalah di dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab atau dwi-bahasa sahaja.

3.   Bahan merupakan terbitan lima tahun terkini.

4.   Bahan perlu bersesuaian untuk rujukan pengajian tinggi.

5.   Fizikal bahan masih berkeadaan baik iaitu tidak koyak, diconteng atau rosak.

6.   Bahan disumbangkan merupakan salinan asal dan bukan salinan fotokopi.

 

Sumbangan buku yang TIDAK MEMATUHI KRITERIA diatas TIDAK AKAN DITERIMA oleh pihak Perpustakaan Imam Al-Syafi’i.

 

 

Nota: Kriteria ini adalah terpakai dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Seksyen Perolehan di talian 2113.