Featured Items
Pengenalan
PENGENALAN...

Perpustakaan Kuis atau nama asalnya dikenali sebagai KISDAR telah ditubuhkan pada Julai 1995 seiring dengan penubuhan kolej universiti ini sendiri. Perpustakaan KUIS yang pada awalnya hanya beroperasi sebagai perpustakaan mini (mini  library), telah dinaik taraf dari semasa ke semasa sehingga boleh memuatkan 400 pengguna dalam satu masa. Bangunan sementara perpustakaan KUIS terletak di Bangunan Teknologi Maklumat, berhampiran dengan Masjid Al-Azhar KUIS.  Perpustakaan Kuis, yang terdiri daripada 2 aras bangunan merupakan tempat pengumpulan pelbagai koleksi bahan bacaan yang boleh digunakan sebagai sumber rujukan untuk pengguna. Sebuah sistem yang dikenali sebagai ‘Sistem EKCMS’ telah digunakan oleh Perpustakaan KUIS dalam usaha untuk memudahkan lagi pengurusan operasi keseluruhan perpustakaan ini. Perpustakaan KUIS kini dikenali sebagai PERPUSTAKAAN IMAM AL-SYAFI'I.