Featured Items
Visi, Misi, Obj. Kualiti, Piagam Pelanggan

Visi

Menjadi sebuah perpustakaan akademik yang lengkap dan bersifat menyeluruh

 

Misi

Mengumpul, memproses, menyimpan dan menyebar maklumat yang terkini seiring dengan perkembangan teknologi bagi menyokong proses pembelajaran, pengajaran dan aktiviti penyelidikan.


Objektif Kualiti

1. Mewujudkan pentadbiran dan pengurusan perpustakaan yang cekap dan berkualiti.

2. Memperolehi dan membangunkan koleksi perpustakaan yang mantap dalam pelbagai format bertepatan dengan keperluan akademik semasa.

3. Menyediakan perkhidmatan maklumat yang lengkap, tepat dan terkini.

4. Memaksimakan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan perkhidmatan.

 

Piagam Pelanggan

1. Menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkualiti untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan sepanjang tahun.

2. Menyediakan pelbagai kemudahan teknologi maklumat yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan sepanjang tahun.

3. Menyediakan proses pinjaman dan pemulangan di kaunter sirkulasi dalam tempoh 20 saat bagi setiap transaksi dalam keadaan biasa.

4. Membantu pelanggan mengesan, mengakses dan memperolehi maklumat yang tepat sepanjang operasi perpustakaan.

5. Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.