Featured Items
Persatuan Sahabat Perpustakaan (PSP)
Persatuan Sahabat Perpustakaan (PSP)

Persatuan Sahabat Perpustakaan (PSP) mula ditubuhkan pada tahun 2016. Bermula dengan 10 Ahli Jawatankuasa Tertinggi, PSP mula mengorak langkah dengan membuka keahlian kepada warga KUIS untuk menyertai Persatuan Sahabat Perpustakaan.

Antara objektif penubuhan persatuan ini adalah:

1. Mendidik ahli PSP cara yang betul menggunakan perpustakaan.
2. Melibatkan ahli PSP dengan aktiviti yang diadakan di perpustakaan.
3. Mendidik ahli PSP mencari maklumat dengan kaedah yang betul.
4. Mengadakan program yang dapat memberi manfaat kepada warga KUIS yang menyertainya.