Featured Items
Peraturan

PERATURAN DI PERPUSTAKAAN IMAM AL-SYAFI'I

1. Diwajibkan
kepada semua pengguna untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan untuk memastikan kelancaran   pengurusan perpustakaan.
2. Diwajibkan kepada semua pengguna perpustakaan KUIS untuk memaparkan kad matrik atau kad kakitangan semasa di dalam perpustakaan.

3. Diharapkan kepada pengguna untuk menjaga tingkahlaku ketika berada di dalam perpustakaan.
4.
Segala jenis makanan dan minuman (kecuali air mineral) adalah dilarang samasekali di dalam perpustakaan.
5. Pengguna dilarang mengubah suai kedudukan segala perabot dan harta benda milik perpustakaan dari tempat asal.

6. Pengguna dilarang membawa beg masuk ke dalam perpustakaan.

7. Pengguna dipohon samaada meletakkan buku yang telah digunakan ke troli yang telah disediakan ataupun memulangkan semula ke tempat asal buku tersebut.

8. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada mana-mana penguna yang merosakkan harta perpustakaan.

9. Denda RM0.20 sehari/bahan bagi kelewatan pemulangan buku untuk kategori pelajar dan pegawai pentadbiran manakala RM 0.50 sehari/bahan bagi pegawai akademik.  

10. Pengguna adalah dilarang dari menconteng, mencuri atau menyembunyikan sebarang harta benda milik perpustakaan. Denda dan tindakan disiplin akan dikenakan kepada pengguna yang didapati berbuat demikian.

11. Pengguna yang membuat salinan fotokopi bahan Perpustakaan KUIS adalah bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan yang melangggar
Akta Hakcipta 1987 dan Akta Hakcipta (Pindaan) 2012.
12. Pengguna boleh menggunakan lokar di perpustakaan namun perlu bertanggungjawab ke atas barang masing-masing.
13.
Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang pengguna.
14. Pengguna yang tidak mengendahkan peraturan-peraturan ini akan diminta meninggalkan perpustakaan dengan serta merta.

* peraturan-peraturan ini boleh dipinda dari semasa ke semasa tanpa sebarang pemberitahuan awal.