Featured Items
Permohonan Pembelian Buku

Garis Panduan Permohonan Pembelian Buku.


1. Permohonan pembelian bahan perpustakaan terbuka kepada warga KUIS sahaja.

2. Pemohon perlu memastikan bahan untuk pembelian adalah 5 tahun terkini atau 3 tahun terkini bagi buku subjek Teknologi Maklumat.

3. Permohonan pembelian boleh dilakukan dengan mengisi borang secara online di laman web Perpustakaan Imam Al-Syafi’i. 

4. Setiap permohonan perlu mendapat kelulusan daripada dekan fakulti 

5. Bagi program baharu yang ingin ditawarkan/ program pengajian yang akan diaudit oleh MQA perlu mengemukakan permohonan bahan perpustakaan tiga (3) bulan lebih awal sebelum tarikh audit/ tarikh program diluluskan.

6. Penetapan kuantiti pembelian buku adalah seperti berikut :


 

Bil

Perkara

Kuantiti/Jumlah Naskhah

1.

Teks

1 naskhah

2.

Rujukan Utama

3 naskhah

3.

Rujukan Tambahan

1 naskhah

 

Nota: Perubahan pembelian kuantiti buku bergantung kepada keperluan. Bagi Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, rujukan utama adalah terhad kepada 1 naskhah sahaja.


7. Setiap Pembelian yang dikemukakan perlu mendapat kelulusan pembelian dalam Mesyuarat Sebutharga.

8. Tempoh pembekalan buku luar negara ke Perpustakaan Imam Al-Syafi'i adalah selama 90 hari dan 30 hari bagi pembelian buku-buku tempatan.

9. Garis panduan ini adalah tertakluk kepada Dasar Pembangunan Koleksi, Seksyen Perolehan, Bahagian Pengurusan Sumber Maklumat (BPSM), Perpustakaan Imam Al-Syafi'i.

10. Sebarang persoalan berkaitan pembelian bahan boleh diajukan kepada pegawai di Seksyen Perolehan, BPSM di talian 2113.


Sila klik pautan di sini:
MATERIAL REQUEST - Panduan Permohonan Pembelian Buku.pdf
APPROVAL MATERIAL REQUEST - Panduan Meluluskan Permohonan Pembelian Buku.pdf