BOOK PURCHASE APPLICATION
Garis Panduan Permohonan Pembelian Buku.
1. Permohonan
pembelian bahan perpustakaan terbuka kepada warga KUIS sahaja.
2. Pemohon perlu memastikan bahan untuk pembelian adalah 5 tahun terkini atau 3 tahun terkini bagi buku subjek Teknologi Maklumat.
3. Permohonan pembelian boleh dilakukan dengan mengisi borang secara online di laman web Perpustakaan Imam Al-Syafi’i.
4. Setiap permohonan perlu mendapat kelulusan daripada dekan fakulti
5. Bagi program baharu yang ingin ditawarkan/ program pengajian yang akan diaudit oleh MQA perlu mengemukakan permohonan bahan perpustakaan tiga (3) bulan lebih awal sebelum tarikh audit/ tarikh program diluluskan.
6. Penetapan kuantiti pembelian buku adalah seperti berikut :
Bil |
Perkara |
Kuantiti/Jumlah Naskhah |
1. |
Teks |
1 naskhah |
2. |
Rujukan Utama |
3 naskhah |
3. |
Rujukan Tambahan |
1 naskhah |
Nota: Perubahan pembelian kuantiti buku bergantung kepada keperluan. Bagi Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, rujukan utama adalah terhad kepada 1 naskhah sahaja.
7. Setiap Pembelian yang dikemukakan perlu mendapat kelulusan pembelian dalam Mesyuarat Sebutharga.
8. Tempoh pembekalan buku luar negara ke Perpustakaan Imam Al-Syafi'i adalah selama 90 hari dan 30 hari bagi pembelian buku-buku tempatan.
9. Garis panduan ini adalah tertakluk kepada Dasar Pembangunan Koleksi, Seksyen Perolehan, Bahagian Pengurusan Sumber Maklumat (BPSM), Perpustakaan Imam Al-Syafi'i.
10. Sebarang persoalan berkaitan pembelian bahan boleh diajukan kepada pegawai di Seksyen Perolehan, BPSM di talian 2113.
MATERIAL REQUEST - Panduan Permohonan Pembelian Buku.pdf
|